WhatsApp Us Now +60196843443

News

Home / News
Mula2 Singgah Beli Donut Lambong Kat Kiosk Tepi

Mula2 Singgah Beli Donut Lambong Kat Kiosk Tepi

Mula2 singgah beli Donut Lambong kat kiosk tepi jalan di Renek, Besut...
Dapat rezeki jumpa toke terus sembang..
Rupanya kat belakang kiosk tu adalah bangunan yang digunakan untuk memproses pembuatan Donut Lambong..
Mula2 borak berdiri... Panjang bercerita tarik kerusi duduk pula.. Terima kasih toke belanja kami makan donat dan coconut shake.. Alhamdulillah... Sedap.
Asam garam berniaga turut dikongsi...
Susur galur perjalanan jatuh bangun dalam perniagaan tidak mampu difahami menerusi kursus atau sesi kuliah semata.
Teori yang dipelajari dalam kursus hanya 10 peratus yg boleh digunakan ketika menjalani kehidupan sebenar sebagai usahawan.
Untuk menjadi usahawan yang berjaya.. Perlu lalui 9 kesukaran dan penderitaan sebelum mengecapi 9 kesenangan sumber rezeki.
Jangan takut gagal
Gagal setelah mencuba dikira belum berjaya
Tapi orang yang takut mencuba pasti gagal selamanya.
Pasni kami letak lemang Anekarasa di kiosk Donat Lambong... Boleh la cari kat situ ye..
Alhamdulillah..
Norakhadah Binti Yatimin


Contact Us Now